In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

KUALA LUMPUR FOOD TRUCK FIESTA 2014

KUALA LUMPUR FOOD TRUCK FIESTA 2014

Friday, February 20, 2015

MALAYSIA FOOD TRUCK

Jika 5 atau 6 tahun lalu seseorang ditawarkan hidangan enak mungkin gulungan salad, udang galah atau pasta, makaroni dari Food Truck di tepi jalan yang dilihat menempah risiko keracunan makanan,pasti ia dipandang sebelah mata,malah mungkin cemuhan yang diterima si pengusahanya.Namun jika dilihat kepada kepesatan dunia gastronomi dan media sosial hari ini, semakin ramai chef bintang diseluruh dunia menghasilkan salah satu hidangan popularnya di tepi jalan dengan mengguna pakai konsep Mobile Kiosk atau Food Truck. Meskipun Food Truck dikatakan wujud sebelum awal tahun 2000,kebanyakan sumber daripada kumpulan makanan jalanan ini meletakkan 2008 sebagai permulaan tidak rasmi kepada fenomena terbabit. Sejak itu, pengusaha Food Truck (juga dikenali van mini, trak kantin dan sebagainya) dan kini turut disertai chef ternama menggunakan media sosial untuk memperkenalkan hidangan mereka kepada dunia yang sama sekali mengubah gaya hidup masyarakat moden. Fenomena yang dikatakan bermula di Amerika Syarikat itu kemudiannya beralih ke Kanada, Amerika Selatan, sekitar Eropah hinggalah kenegara Asia termasuk Malaysia. Seperti apa yang dilihat di ruang legar pusat beli-belah @The Curve sempena sambutan ulang tahun pertama laman http://hungrygowhere.my baru-baru ini,nyata warga tempatan mula menerima baik idea menikmati hidangan berkualiti dari Food Truck ini. Kelihatan 12 trak makanan berhimpun di pesta itu yang pertama dan seumpamanya di Malaysia dengan membawakan sajian menepati cita rasa, daripada sajian antarabangsa hinggalah ke makanan tepi jalan yang menjadi darah daging dalam masyarakat kita. Daripada pasta gourmet hingga burger dan burito,juga minuman, jus buah-buahan, nasi lemak hinggalah kuih-muih tradisional, pesta trak makanan ini jelas mencerminkan semangat mereka yang 'kaki makan'.Trend Food Truck ini semakin berkembang dalam budaya tempatan,cuma lazimnya ia beroperasi di beberapa lokasi tertentu. "Dengan adanya pesta Food Truck seperti ini,ianya diharap dapat membantu dan memudahkan 'kaki makan' mencuba makanan dari trak ini serta mengenal pasti trak makanan yang mungkin sebenarnya beroperasi hampir dengan kediaman mereka. "Selain itu, pesta ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat,sekali gus membuang stigma bahawa trak makanan hanya menyediakan hidangan tidak berkualiti. "Hakikatnya, ada yang lebih enak, asli dan berkualiti berbanding apa yang dijual di premis makanan bertaraf bintang" Inspirasi dari Food Truck antarabangsa,perniagaan makanan seperti ini lebih mudah diperoleh dan dekat dengan masyarakat serta senang diuruskan.Media sosial dilihat platform terbaik untuk mengembangkan lagi jenama Food Truck menggunakan sebaiknya laman Facebook,Twitter dan aplikasi Instagram. "Majoriti masyarakat kita menggunakan telefon pintar,jadi ia ruang terbaik untuk memasarkan konsep Food Truck ini.

Tuesday, February 10, 2015

INSURAN

• Syarikat kewangan bertanggungjawab menginsuranskan kenderaan bermotor di bawah nama anda untuk tahun pertama sahaja. Untuk tahun-tahun yang berikutnya, adalah tanggungjawab anda sebagai penyewa untuk memperbaharui polisi insurans
• Sekiranya anda gagal untuk memperbaharui polisi, syarikat kewangan akan menginsuranskan kenderaan bermotor anda dan mengenakan sebarang kos berkaitan ke atas anda
• Sesalinan resit insurans akan diserahkan kepada anda
• Mengikut amalan biasa, polisi insurans yang diperlukan oleh syarikat kewangan ialah yang bersifat komprehensif

PENYERAHAN PERJANJIAN SB
Anda dan penjamin (jika ada) akan diberi sesalinan perjanjian SB dalam masa 14 hari selepas perjanjian dimeterai.

PENYELESAIAN AWAL
Anda boleh memilih untuk menyelesaikan lebih awal baki hutang di bawah perjanjian SB. Sekiranya anda berbuat demikian, anda berhak untuk mendapat rebat ke atas faedah. Mengikut contoh tadi, tempoh SB anda ialah 5 tahun (60 bulan). Setelah membayar ansuran selama 4 tahun (48 bulan), anda ingin menyelesaikan pembiayaan tersebut. Anda berhak mendapat rebat ke atas faedah bagi baki tempoh pembayaran balik yang tinggal sebanyak 12 bulan (iaitu, 60 bulan - 48 bulan = 12 bulan). Pengiraan rebat ke atas faedah mengikut contoh tadi adalah seperti berikut: Jumlah faedah ke atas jumlah pembiayaan ialah RM25,000.

Pengiraan rebat keatas faedah:
Rebat keatas faedah
= RM25,000x( 1 + 2 + 3 +….n) / ( 1 + 2 + 3 + …k)
Dimana:
n= tempoh ansuran yang tinggal
(jumlah bulan) iaitu 12 bulan.
k=tempoh ansuran asal (jumlah bulan)
iaitu 60 bulan.

Rebat keatas faedah
=RM25,000x(1 + 2 + 3 +…+ 12) / (1 + 2 + 3 +…+ 60)
= RM25,000 x 78 /RM1,830
= RM1,066

Ruang dalam guna peralatan Stainless Steel

Ruang dalam guna peralatan Stainless Steel

SAMBUTAN HANGAT DARI PENGUNJUNG

SAMBUTAN HANGAT DARI PENGUNJUNG

Beratur beli minuman Ice Blended

Beratur beli minuman Ice Blended

Flaming Wheel Food Truck

Flaming Wheel Food Truck

SEMUA YANG DATANG BERPUAS HATI

SEMUA YANG DATANG BERPUAS HATI

PASTA FOOD TRUCK

PASTA FOOD TRUCK

ONLINE SHOPPING, SILA KLIK PADA BANNER

Buy.com (dba Rakuten.com Shopping)